IM BACK,FOLLOW SAYA,TINGGALKAN JEJAK ANDA DI CBOX SAYA,PASTI MONSTA JIEYHA AKAN FOLLOW KORANK.LOVE U ALL

Pages

4 ciri wanita idaman lelaki

hye korank...hari ni saya nk kongsi beberapa tip....
untuk kalau 2 korank nk tahu apa sikap kasanova sekarang nie...

Tidak materialistik- Walau sekaya manapun seseorang lelaki itu, tidak kira samaada merekajutawan, hartawan dan sebagainya, suara majoriti menyatakan mereka tidak suka wanita yang materialistik. Seorang wanita yang meletakkan perhubungan atas dasar inikebiasaannya tidak akan setia.


                Pandai memasak- Pasti wanita merasakan ciri ini adalah fahaman kuno yang tidak sesuai dengan peredaran masa terkini. Mungkin mereka silap, majoriti lelaki menyatakan bahawa ciri wanita idaman mereka adalah yang pandai memasak.  Hampir 90% lelaki bersetuju dengan ciri ini, mungkin wanita sahaja yang terlepas pandang. Sememangnya pendapat dahulu yang menyatakan kasih sayang seorang isteri terletak pada masakannya adalah sangat tepat dan ia pasti tidak akan berubah sama sekali sepanjang zaman.




Bersederhana- Seorang lelaki memang gemar untuk melihat wanita yang suka berlebih-lebihan, tetapi untuk perhubungan yang lebih serius, mereka lebih cenderung untuk memilih wanita yang bersederhana. Ini menunjukkan bahawa wanita yang berlebih-lebihan membawa perspektif negatif terhadap diri mereka sendiri.


                  Setia- Walaupun lelaki tersebut seorang yang playboy, tetapi ciri wanita idaman mereka pasti seorang yang setia. Ia agak pelik bukan? tetapi ia sememangnya realiti. Berkemungkinan disebabkan keegoan seorang lelaki itu yang tidak suka dirinya untuk rasa ditipu. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya 15% sahaja lelaki menerima kembali pasangan mereka yang telah menipu, dan sebahagian lain telah menolaknya. Ini menunjukkan betapa seriusnya keegoan seorang lelaki.

0 000 orang nak tahu:

Post a Comment

Happy giler
Dont forget follow me and like my entry :)thank you for visit my blog..
 
Template By Ira Syahirah